Posts

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-SILUET

Image
  Sumber rujukan:  Normaliza Abd Rahim.2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi:   Gambar yang berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu dalam penerimaan cahaya yang terhad terhadap latar belakag yang lebih terang. Siluet adalah imej seseorang, haiwan, objek atau subjek-subjek yang lain yang diwakili sebagai bentuk pepejal warna tunggal iaitu biasanya hitam, putih atau tidak berwarna sama sekali. Ia menggambarkan gambar tersebut lebih padat berbanding dengan garis besar. Tumbuhan Tersebut merupakan pokok bunga kertas yang berada diantara kamera dan matahari. Pokok ini ditanam oleh emak kerana hobinya yang gemar menanam bunga. Pokok pisang itu terletak di tebing parit dihadapan rumah. Tumbuhan ini ditanam oleh ayah supaya dapat dinikmati hasilnya apabila berbuah. Manusia Terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri dihadapan pondok kecik rumahnya.  Lelaki tersebut sedang melakukan swafoto sambil membelakangka...

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

Image
   Sumber rujukan:  Normaliza Abd Rahim.2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi:       Merujuk kepada gambar yang diambil dengan pantulan dari cermin, air atau apa-apa sahaja yang dapat memberikan dua gambar yang sama. Pendua merupakan gambar yang abstrak supaya seseorang yang melihat dapat melihat kedua-dua gambar tersebut. Cermin Berikut merupakan gambar pendua pada cermin kereta. Lelaki tersebut sedang membetulkan rambut sambil melihat pada cermin. Jejaka tamoan tersebut sedang berdiri dihadapan cermin sambil merapikan rambutnya sebelum keluar ke pekan. Air Lelaki tersebut sedang melihat air di sawah padi. Ianya bagi memastikan air tersebut cukup selepas proses penaburan benih. Aktiviti yang sedang dilakukan iaitu mencari lubang belut. Lubang belut dicari untuk aktviti memancing. Bayang Gambar di atas bagi menunjukkan pendua bayang. Mereka merupakan pemain petanque yang memenangi pertandingan. Dua orang pe...

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-BIRD'S EYE VIEW

Image
   Sumber rujukan:  Normaliza Abd Rahim.2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi:  Gambar yang diambil terus berfokus kepada subjek daripada pemandangan yang melihat ke arah bawah.  Perspektifnya sangat pendek, menjadikan subjek kelihatan pendek dan berjongkok. 1. Gambar di atas saya lakukan ketika berada di atas pokok nangka. Ini sahaja bahagian daripada rumah saya yang boleh saya panjat tempat tertinggi untuk mengambil gambar ini. 2. Gambar ini daripada pokok nangka yang sama tetapi menghadap ke rumah jiran saya. Kampung sungai nibong suatu kawasan yang menarik.

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-OVER THE SHOULDER

Image
 Sumber rujukan: Normaliza Abd Rahim,2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi: Kamera diletakkan di belakang bahu sebagai subjek utama dan mempunyai dua objek dalam satu frame. Rakaman ini biasanya dibuat untuk menyampaikan antara dua subjek. Berikut merupakan gambar pertama over the shoulder. Dapat dilihat jejaka tampan sedang membetulkan beg jirannya yang rosak. Berikut merupakan perbualan antara dua orang lelaki mengenai beg. Beg itu merupakan beg yang bernilai bagi lelaki berbaju belang itu. Terdapat seorang jejaka yang cuba untuk membantu dalam menyelesaikan masalah.

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PEMANDANGAN

Image
 Sumber rujukan:  Normaliza Abd Rahim.2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi:       Gambar yang ingin memfokuskan pemandangan yang diinginkan sahaja. Gambar tersebut akan dianggap cantik dan berjaya apabila menampakkan keseluruhan gambar dengan jelas dan di sekelilingnya. Walaupun terdapat juga manusia di dalam gambar etrsebut, namun tidak terlalu fokus dan lebih memfokuskan kepada pemandangan. Di atas merupakan gambar pemandangan di sawah pagi. Keadaan sawah padi yang dalam proses sebelum penanaman serta ada seorang perempuan yang sedang mengambil gambar burung bangau. Berikut merupakan gambar pemandangan senja dengan awan mendung ditepi pantai yang berhampiran dengan jeti. Kelihatan 2 buah bot yang sedang keluar daripada jeti menuju ke tengah laut.

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-KABUR

Image
  Sumber rujukan:  Normaliza Abd Rahim.2019. Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia Definisi:       Gambar yang mempunyai latar belakang yang kabur namun masih lagi kelihatan walaupun kelihatan kabur. Kekaburan ini dibuat untuk memfokuskan objek yang ingin ditonjolkan. Tumbuhan Tumbuhan hiasan ini diambil dalam keadaan latar belakangnya yang kabur. Ianya menjadi kegilaan peminat bunga pada waktu kini. Berikut juga merupakan tumbuhan yang gambarnya diambil secara latar belakang yang pudar. Tumbuhan ini merupakan sejenis buluh yang saiznya kecil dan sesuai dijadikan hiasan dalam pasu. Serangga/Haiwan Gambar di atas menunjukkan gambar kucing dengan latar belakang yang kabur. Kucing itu merupakan kucing peliharaan jiran yang sedang makan. Gambar di atas merupakan burung peliharaan iaitu burung nuri. Burung ini amat unik sehingga memerlukan lesen untuk dipelihara.

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-PORTRAIT

Image
 Sumber rujukan: Normaliza Abd Rahim, 2019. Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Definisi: Gambar yang berfokuskan dalam jarak yang dekat. Ianya lebih jelas diambil dalam studio yang tertutup. Studio mempunyai lampu khas untuk mendapatkan gambar yang cantik dan jelas dan ruangan studio yang sesuai untuk mengambil gambar yang berbentuk potrait. Ianya merupakan asas fotografi kegemaran ramai kerana dapat melihat emosi seseorang melalui potrait. Berikut portrait seorang lelaki yang sedang duduk dihadapan sebuah bot. Lelaki itu menjadi fokus utama berbanding pemandangan bahagian belakang. Gambar di atas menunjukkan portrait seorang perempuan. Perempuan tersebut sedang fokus bermain telefon pintarnya di bahagian dapur gerai. Fokus yang diberikan adalah kepada wanita itu. Jelas dapat dilihat gambar seorang lelaki yang sedang berada di atas motosikal. Lelaki itu menjadi fokus utama dalam gambar tersebut kerana terluhat jelas senyuman yang terpancar darip...