Posts

Showing posts from March, 2021

BBM3410-2021-MINGGU1B

Image
  Cerita Sosial 1:   Watak Alim, nenek dan datuk sebelah ibu, nenek dan datuk sebelah bapa, Abang Imran, Aisyah, Kak Madinah dan Ibu Bapa. Latar Tempat Kampung di Kajang dan Melaka, di dalam rumah, dalam kereta, ruang tamu, dapur, 50 meter daripada reban. Latar Masa Setelah 30 minit Latar Masyarakat Keluarga, masyarakat kampung Emosi Positif Gembira, keliru Emosi Negatif Sedih, marah     Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

BBM3410-2021-MINGGU1A

Image
  ASSALAMUALAIKUM😊      Hai. Nama saya Muhammad Huzaimi Bin Jamaludin. Saya mendapat banyak nama panggilan daripada rakan-rakan tetapi yang kerap di panggil iaitu Jai atau Mi. Selagi nama itu tidak menghina saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya  erupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memegang id atau nombor matrik 199819.  Saya berumur 23 tahun.      Saya merupakan seorang yang mempunyai pelbagai hobi yang tidak tetap dan ramai mengatakan saya seorang yang tidak setia. Saya membangkang perkara tersebut kerana ianya hanyalah hobi dan minat. Pada usia muda pelbagai perkara yang boleh kita cuba sebelum usia tua kerana badan masih kuat asalkan tidak melanggar hukum agama. Hobi yang tidak akan saya tinggalkan iaitu memancing seperti gambar di atas. Kenikmatan menarik ikan tersebut membuatkan gembira dan menghilangkan stress.     Selagi perkara yang saya lakukan tidak menyusahkan orang lain dan tidak melanggar p