BBM3410-2021-MINGGU1A

 



ASSALAMUALAIKUM😊

    Hai. Nama saya Muhammad Huzaimi Bin Jamaludin. Saya mendapat banyak nama panggilan daripada rakan-rakan tetapi yang kerap di panggil iaitu Jai atau Mi. Selagi nama itu tidak menghina saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya  erupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memegang id atau nombor matrik 199819.  Saya berumur 23 tahun. 

    Saya merupakan seorang yang mempunyai pelbagai hobi yang tidak tetap dan ramai mengatakan saya seorang yang tidak setia. Saya membangkang perkara tersebut kerana ianya hanyalah hobi dan minat. Pada usia muda pelbagai perkara yang boleh kita cuba sebelum usia tua kerana badan masih kuat asalkan tidak melanggar hukum agama. Hobi yang tidak akan saya tinggalkan iaitu memancing seperti gambar di atas. Kenikmatan menarik ikan tersebut membuatkan gembira dan menghilangkan stress.

    Selagi perkara yang saya lakukan tidak menyusahkan orang lain dan tidak melanggar perintah agama maka saya akan lakukan. Perlu bijak memilih suatu perkara yang ingin dilakukan dalam hidup mungkin bukan untuk pencapaian tetapi pengalaman yang membawa kepada kejayaan.😁
    

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)