BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang hadir melihat post saya pada kali ini😃
Kali ini berkaitan dengan simpulan bahasa💬
Mesti kalian sudah tahu apa itu simpulan bahasa. Ringan tulang, kaki bangku itulah simpulan bahasa dan terdapat begitu banyak simpulan bahasa yang wujud maka mari kita lihat video yang telah dihasilkan oleh kumpulan Dahlia mengenai simpulan bahasa😄
Terdapat 22 simpulan bahasa yang dilakonkan semula dalam oleh setiap ahli kumpulan.
Kredit lagu instrumental: GURINDAM JIWA - YOUTUBE BOYRAZLI ZUL
Link lagu instrumental: https://youtu.be/WqfNeJWviPw
Kredit gambar latar belakang: PINTEREST
https://youtu.be/GgKX8D73JTI
Antara simpulan bahasa yang dilakonkan adalah seperti berikut:
1. Jantung hati [Orang yang disayangi]
2. Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]
3. Jauh hati [Merajuk]
4. Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]
5. Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu]
6. Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat atau mesra]
7. Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi menjauhkan diri apabila didekati]
8. Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]
9. Jiwa hamba [Orang yang tidak bercita-cita tinggi dan selalu berasa rendah diri]
10. Juling air [Juling sedikit]
11. Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]
12. Kaki ayam [Berjalan tanpa memakai kasut]
13. Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]
14. Kaki bangku [Orang yang tidak pandai bermain bola]
15. Kaki judi [Orang yang suka berjudi]
16. Kata putus [Kata yang menentukan sesuatu perkara]
17. Kaki lima [Tempat laluan di tepi rumah atau bangunan]
18. Kecil hati [Merajuk kerana tersinggung]
19. Kepala angin [Orang yang mudah berubah perangainya]
20. Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]
21. Mat Jenin -Orang yang suka berangan-angan
22. Angkat bahu - Tidak tahu dan tidak bertanggungjawab
Comments
Post a Comment