Posts

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410-2021

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua😊 Terima kasih kerana telah singgah ke blog saya untuk melihat hasil yang banyak kekurangan daripada segi kemasan dan banyak lagi. Untuk pengetahuan semua saya lakukan blog ini bagi subjek BBM3410. Pensyarah merupakan Prof Dr Normaliza Abd Rahim yang banyak membantu pelajar untuk menambah ilmu.  Semestinya semua penat dengan tugasan tetapi ia amat memberikan impak positif kerana begitu banyak ilmu multimedia yang telah diperoleh hasil penerangan beliau.  Terima Kasih Prof Dr Normaliza Abd Rahim kerana telah membimbing saya dan memberikan ilmu yang amat berguna mungkin bukan pada waktu kini tetapi saya yakin kelak tetap saya akan gunakan. Saya juga akan kongsikan ilmu ini kepada generasi seterusnya.😁 Terima kasih juga kepada ahli kumpulan Dahlia yang telah menerima saya sebagai ahli serta memberikan banyak tunjuk ajar sepanjang semester ini. Maaf jika ada salah dan silap saya sepanjang kita berada dalam satu kumpulan😄 Berikut senarai tugasa

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Image
 Assalamualaikum dan Hai Semua😃 Saya ingin menceritakan tentang temu bual yang saya lakukan. Saya telah melakukan temu bual kepada saudara saya. Saya memberikan soalan tentang isu semasa bagi pelajar. Dia merupakan seorang yang spontan dan mesra dalam kehidupan seharian. Semasa saya ingin merekodkan video dia tidak berhenti gelak dan kami saling tertawa kerana merupakan pengalaman pertamanya direkod dalam video atau ditemu bual. Ini merupakan video temu bual yang telah saya lakukan. https://youtu.be/6M0IEK6GoVk

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua😀 Ini mungkin antara posting terakhir saya kerana ini merupakan minggu ke 14. Tanpa saya sedari saya bakal menghabiskan semester ini. Posting kali ini tentang sepi. Bagi mengakhirkan kelas bergini juga membuatkan saya sepi tidak dapat mendengar suara Prof memanggil pelajar dan saya akan dipanggil disebabkan melakukan kesalahan. Saya merasa sepi kerana terpaksa menunggu semester seterusnya untuk menghadapi kelas atas talian disebabkan PKP dimana amat membosankan. Kelas atas talian salah satu cara saya menghilangkan kesepian. Disini merupakan posting saya mengenai sepi Di bawah pula posting rakan-rakan saya mengenai sepi Sesepi mana pun kita ingatlah yang kehidupan ini hanya sementara. Jika kita rasa sepi kerana kita kurang masa dengan Allah. Kesepian hadir supaya kita dapat muhasabah diri untuk menjadi lebih baik. Disini merupakan bukti kehadiran saya                                        

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

Image
 Assalamualaikum dan Hai Guys😀 Semoga hari anda baik-baik sahaja. Posting kali ini berkenaan resensi buku di mana saya akan menerangkan secara ringkas tentang buku. Buku ini merupakan hasil Prof Dr Normaliza. Buku ini mengandungi banyak maklumat yang penting dan menarik. Semasa saya ingin melakukan video ini sangat mencabar kerana saya diganggu oleh anak buah saya. Saya terpaksa bermain dengannya selama 2 jam sehingga dia penat lalu tertidur. Kemudian baru saya meneruskan niat saya untuk merekod video ini. Jom lihat video ini

BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua😀 Posting kali ini tentang kopi. Kenapa kopi? Ya semestinya tentang kopi yang menjadi kegemaran sesetengah masyarakat di Malaysia terutama masyarakat yang berumur. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada kopi. Dewan Bahasa dan Pustaka dapat telah menjemput seorang yang penuh ilmu mengenai kopi. Beliau merupakan Dr. Siti Aliaa Roslan dan merupakan pensyarah di universiti swasta di IUKL  yang merupakan anak kepada Prof.Dr.Normaliza. Perkongsian yang diberikan amat menarik dan boleh dilihat siaran ulangan di media sosial DBP. Saya juga telah memberikan komen dengan memberikan soalan dan pandangan tentang ulasan yang dilakukan. Beliau amat profesional dalam memberikan jawapan serta menggunakan komunikasi dua hala dengan penonton. Ini merupakan komen yang telah diberikan jawapan oleh beliau

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera😀 Suasana merupakan keadaan suatu tempat serta berdasarkan masa. Suasana ada yang indah ada yang tidak kerana ia mampu mengubah perasaan dihati. Ianya mampu memberikan impak yang besar kepada setiap orang. Setiap manusia mempunyai perspektif yang berlainan tentang keindahan.  Bagi saya suasana yang saya suka dimana saya memancing sambil melihat matahari terbit atau tengelam kerana warnanya amat menarik perhatian dan mengubah perasaan dihati. Ini merupakan posting saya di Instagram Disini posting rakan saya yang saya komen Suasana indah membuatkan kita tenang. Jangan dilupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Jumpa lagi semua👋

BBM3410-2021-MINGGU 12- KEINDAHAN (INSTAGRAM)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Semua😀 Keindahan merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan dan hadir secara luar jangka. Terdapat banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan keindahan seperti persahabatan, keadaan, hati dan banyak lagi. Perkara yang perlu diingatkan hanyakan keindahan tidak akan kekal selamanya sama seperti persahabatan yang mungkin akan terpisah secara rela atau tidak disebabkan waktu yang sentiasa berjalan. Kita perlu menikmati keindahan sebaiknya dan cuba untuk menghayati supaya menjadi memori yang indah kelak. Ini merupakan posting saya mengenai keindahan Ini pula posting rakan saya yang disertakan komen Keindahan pelangi adalah Keindahan wajah mu sayang Sikit-sikit je😜 Selamat berjumpa posting seterusnya