BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 


Mudah didefinasikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Mudah juga boleh wujud dalam keadaan imej yang memberikan mesej yang mudah difahami. Contohnya, Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseoranb yang melihat foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.

Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video. Grafik yang wajar hanya memerlukan tiga warna dan tidak lebih kerana jika berlebihan akan menyebabkan kecelaruan. Contohnya, logo McDonald yang hanya menggunakan dua warna iaitu merah dan kuning yang memudahkan orang untuk memahami dan mengetahui.

Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan teks jug diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Contohnya “ranggup dan sedap” merupakan suatu yang mudah difahami yang menunjukan sifat sesuatu yang ingin diungkapkan.

Kesesuaian didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat,masa,watak yang terdapat dlam suatu foto atau video. Setiap watak atau bahan memerlukan grafik yang bersesuaian. Misalnya iklan atau poster tentang filem yang akan dilakonkan oleh pelakon yang terkenal yang membawa watak superhero.

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ianya menunjukkan ruang kiri dan kanan yang akan sama luas supaya seimbang.  Termasuk juga atas dan bawah.  Contoh seperti logo McDonald yang mempunyai keseimbangan yang sesuai dengan huruf M diletakkan pada tengah gambar.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

BBM3410-2021- MINGGU 5- INSTAGRAM