BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Penerbit UMT Kuala Nerus
Cerita Sosial 2:
Saya yang Istimewa
Pada hari ahad
lalu, bapa Alim telah pulang daripada pasar tani selepas membeli buah-buahan. Dia
membawa pulang banyak buah-buahan kerana mengetahui bahawa anak-anaknya pengemar
buah-buahan tempatan. Abang Imran bertanya kepada bapa di mana tempat membeli
buah-buahan tersebut dan bapa terus menjawab beli di pasar tani. Bapa terus
menyuruh abang Imran untuk memanggil adik-beradiknya dan ibu untuk makan bersama.
Ibu menyediakan
bakul sampah dan memesan kepada anak-anaknya untuk membuang sampah atau sisa di
dalam bakul sampah yang telah disediakan supaya tidak mengotorkan kawasan
rumah. “Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?” tanya Alim kepada
ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpeasan berkongsi barang atau makanan yang kita
suka adalah satu perbuatan yang baik” sambung Aim.
Ibu memuji sikap Alim
yang bagus dan sentiasa mengingati pesan ibu bapa sambil mengasingkan
buah-buahan ke dalam plastik merah. Ibu pun segera menyuruh Alim menghantar
buah-buahan yang telah dibungkus untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim pun
terus bergegas ke rumah Sulaiman. Setelah Alim menghantar bungkusan tersebut,
Sulaiman terus mengucapkan terima kasih lalu Alim terus segera pulang ke rumah.
Alim tersenyum puas kerana Alim faham sifat berkongi itu sifat yang baik kerana
adik beradiknya juga sering berkongsi dengannya.
Setelah selesai
makan Alim menolong ahli keluarganya yang mengemas rumah. Alim membuang kulit
buah-buahan ke tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik
Timah yang merupakan ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak
Cik Timah berterima kasih kepada Alim yang telah memberikan buah-buahan tadi.
Alim pun membalas dengan sama-sama dan mengatakan “ Ibu kata, berkongsi itu perbuatan
yang baik . Ibu juga pesan Sulaiman dan keluarga merupakan jiran yang baik”
Mak Cik Timah memuji
sikap baik Alim. Alim bertanya “Kenapa Mak Cik Timah Sedih?” lalu Mak Cik Timah
berkata “Mak Cik Timah tak sedih Cuma gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman”.
Alim berkata yang Alim suka Sulaiman merupakan kawannya. Mak Cik Timah pun
memandang Alim yang pulang ke rumah sambil mendoakan kesihatan dan
kesejahteraan Alim sekeluarga.
Comments
Post a Comment