BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP


Manusia



Tersebut merupakan rupa wajah manusia. Jelas dapat dilihat wajah manusia yang sempurna yang dilengkapi mata, hidung, bibir dan lain-lain.


Berikut merupakan gambar kaki manusia. Bahagian betis, pergelangan kaki, buku lali serta jari kaki kelihatan jelas menunjukkan ianya bahagian kaki.


Gambar ini ialah tapak tangan. Bahagian jari dan tapak tangan dipenuhi garisan tersendiri mengikut individu.


Ini ialah bahagian rambut manusia yang terletak di atas kepala. Rambut ini berwarna hitam dan jelas dapat dilihat.



Gambar bagi manusia terakhir iaitu bibir. Gambar ini diambil sekali dengan bahagian dagu kerana bibir terletak di atas bahagian dagu.



Haiwan/Serangga


Pertama sekali merupakan gambar seekor burung. Burung ini berwarna putih dengan kaki yang berwarna merah yang berada di dalam sangkar.


Berikut merupakan gambar seekor ikan yang berada di dalam akuarium. Ini merupakan ikan Peacock Bass yang berwarna hijau kekuningan.


Berikut merupakan sekumpulan ulat pokok kayu. Ulat ini berwarna coklat tetapi mempunyai pelbagai tone daripada pekat dan cair.


Ini merupakan dua ekor kura-kura peliharaan. Kura-kura ini kelihatan sama rupanya yang membezakan hanya saiz.


Gambar ini menunjukkan seekor ikan air tawar. Ikan ini ialah ikan puyu yang mudah didapati dikawasan sawah padi.



Objek Tidak Bernyawa


Gambar pertama ini merupakan cawan. Cawan ini berisi air sejuk dan boleh kelihatan titisan air yang berada dibahagian luar cawan tersebut.


Ini merupakan ais gel. Ais gel ini merupakan gel yang digunakan oleh atlet bagi mengelakkan berlaku kekejangan atau kecederaan otot semasa bersukan.



Gambar di atas ialah kasut. Kasut ini mengandungi dua elemen warna iaitu merah dan hitam yang digabungkan supaya kelihatan menarik.


Berikut merupakan gambar boule petanque. Gambar tersebut merupakan set asas yang diperlukan oleh pemain petanque iaitu boule, kain dan bekas.


Ini ialah alat kawalan jauh. Alat ini berwarna hitam dan digunakan untuk mengawal televisyen daripada jauh.













Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

BBM3410-2021- MINGGU 5- INSTAGRAM