BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA - DAHLIA

 Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera😀

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin👏

Raya pada tahun ini mungkin tidak seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun tahun lepas juga kita dilanda pandemik Covid-19. Tahun ini pada hari raya kita mendapat arahan daripada Perdana Menteri yang negara kita akan melakukan PKP bagi membendung penyebaran wabak ini. Perasaan sedih semestinya wujud dalam hati masyarakat tetapi perlu diterima bagi mengelakkan penambahan kes harian dan kluster.

Raya tetap raya bagi kita walaupun terpaksa mematuhi arahan PKP dan SOP. Ada yang melakukan video call sesama ahli keluarga atau rakan sambil mengenakan pakaian raya. Bagi yang berkeluarga akan menyambut dirumah sendiri supaya keindahan raya itu tetap dinikmati.


Untuk itu, kumpulan kami telah menyediakan sebuah video untuk tontonan semua mengenai perayaan norma baharu yang dilakukan pada tahun ini.
Selamat menonton!!!!😆





https://youtu.be/xFfkUSwOqv0




Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video diatas merupakan vlog Hari Raya Aidilfitri dimana ia menceritakan tentang aktiviti / rutin yang dilakukan seseorang pada pagi Syawal sehingga ia gagal untuk menziarahi kawannya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengharuskan semua rakyat untuk tetap berada di dalam rumah bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. Selamat menonton semua! Kredit Audio : Rocketfuel Network - Aidilfitri Lembaran Baru - Ruffedge, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Usop & Masya Masyitah https://www.youtube.com/watch?=QcC30i... Kredit Visual : Arfunz - SUNRISE DAN SUNSET 1 MATAHARI TERBIT DAN TENGGELAM | TIMELAPSE VIDEO https://www.youtube.com/watch?v=vjSRd...







Comments

Popular posts from this blog

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)