Posts

Showing posts from May, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT DAHLIA

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😀 Semoga kalian sihat sahaja dan menjaga kesihatan serta kawal pemakanan. Maklumlah musim perayaan ini mesti banyak menjamah makanan yang kurang sihat. Oleh itu digalakkan untuk bersenam tambahan kita terpaksa menghadapi PKP 3.👀 Hari ini saya akan kongsikan hasil video one shot kumpulan Dahlia. Kami sentiasa memberikan sokongan moral kepada setiap ahli dan saling bantu membantu dalam menyiapkan video ini. Semoga kalian terhibur😁 https://youtu.be/ZL8MnICE_iU One Shot : Layer 1 Video one shot ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Selamat menonton semua! Kredit lagu:  Aizat Amdan - Sampai ke Hari Tua https://www.youtube.com/watch?v=QcYd_RDao94 HyperboltEDM - Lazy Day https://www.youtube.com/watch?v=XplrxSSrja0 Kredit gambar latar belakang: PINTEREST https://youtu.be/YDyRoKl4WHw One Shot : Layer 2 Video One Shot Two Layer ini dihasilkan bagi memenuhi ke

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

Image
 Rujukan:  Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi,Normaliza Abd Rahim,2019,Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus,Terengganu Assalamualaikum.. Hello Semua😉 Saya akan melakukan perkongsian maklumat mengenai strategi komunikasi daripada pelbagai sudut pandangan sarjana. Data dan maklumat ini saya peroleh daripada buku yang diterbitkan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Di bawah saya meringkaskan maklumat dalam bentuk peta minda. Peta minda di atas merupakan pandangan ahli ilmuan bahasa tentang strategi komunikasi. Maklumat yang lebih lanjut serta lebih jelas di buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi yang diterbitkan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim muka surat 75. Di bawah rupakan bukti kehadiran saya.

BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA - DAHLIA

Image
 Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera😀 Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin👏 Raya pada tahun ini mungkin tidak seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun tahun lepas juga kita dilanda pandemik Covid-19. Tahun ini pada hari raya kita mendapat arahan daripada Perdana Menteri yang negara kita akan melakukan PKP bagi membendung penyebaran wabak ini. Perasaan sedih semestinya wujud dalam hati masyarakat tetapi perlu diterima bagi mengelakkan penambahan kes harian dan kluster. Raya tetap raya bagi kita walaupun terpaksa mematuhi arahan PKP dan SOP. Ada yang melakukan video call sesama ahli keluarga atau rakan sambil mengenakan pakaian raya. Bagi yang berkeluarga akan menyambut dirumah sendiri supaya keindahan raya itu tetap dinikmati. Untuk itu, kumpulan kami telah menyediakan sebuah video untuk tontonan semua mengenai perayaan norma baharu yang dilakukan pada tahun ini. Selamat menonton!!!!😆 https://youtu.be/xFfkUSwOqv0 Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak t

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😍 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yang melawat blog saya ini. Kosong-kosong ya semua😁 Berikut merupakan video sambutan hari raya saya dan keluarga di dalam rumah yang mematuhi SOP dan arahan PKP bagi seluruh negara. Saya dan keluarga tetap melakukan sambutan hari raya keluarga tanpa kehadiran orang luar kerana risau akan kehadiran dan penyebaran Covid-19.  Video tersebut dapat menunjukkan kami sekeluarga mengenakan baju raya pada tahun ini dan menghidupkan malam raya. Saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan kerja individu BBM3410 yang telah diberikan.  Semoga kalian menikmati video raya kami sekeluarga 😄 https://youtu.be/uTthBN82Iuw

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua yang hadir melihat post saya pada kali ini😃 Kali ini berkaitan dengan simpulan bahasa💬 Mesti kalian sudah tahu apa itu simpulan bahasa. Ringan tulang, kaki bangku itulah simpulan bahasa dan terdapat begitu banyak simpulan bahasa yang wujud maka mari kita lihat video yang telah dihasilkan oleh kumpulan Dahlia mengenai simpulan bahasa😄 Terdapat 22 simpulan bahasa yang dilakonkan semula dalam oleh setiap ahli kumpulan. Kredit lagu instrumental:          GURINDAM JIWA - YOUTUBE BOYRAZLI ZUL Link lagu instrumental:             https://youtu.be/WqfNeJWviPw Kredit gambar latar belakang:   PINTEREST https://youtu.be/GgKX8D73JTI Antara simpulan bahasa yang dilakonkan adalah seperti berikut: 1.  Jantung hati [Orang yang disayangi]  2.  Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]  3.  Jauh hati [Merajuk]  4.  Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]  5.  Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu]    6.  Jinak-jinak lalat [Orang

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada yang hadir ke blog saya hari ini😇 Posting saya kali ini berkaitan dengan asas fotografi (flatlay) yang telah saya lakukan dalam bentuk video yang telah dimuatnaik di youtube saya. Harap kepada yang menonton terhibur dengan video yang saya hasilkan  Kredit Buku- Multimedia dalam Bahasa Pengarang- Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim 1.Flatlay Konsep bagi flatlay ini adalah dengan memastikan kedudukan kamera betul-betul dalam keadaan berada di atas objek yang ingin diambil gambarnya ataupun dalam keadaan 90. 2. Half-flatlay Konsep ini pula adalah separuh daripada flatlay yang di atas iaitu dalam keadaan 45. Kamera hendaklah dalam keadaan yang senget untuk mengambil gambar sesuatu objek tersebut. 3. Quarter- flatlay Asas fotografi ini pula adalah dalam keadaan kamera perlulah berada di sisi objek iaitu kira-kira dalam 22.5. Teknik perlu mempunyai kesabaran ya kerana harus menitikberatkan pencahayaan yang sesuai dan tidak tenggelan dengan objek yang be