Posts

Showing posts from June, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Image
  Sumber: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Saya ingin menceritkakan perkongsian dilakukan Prof Dr Normaliza kepada kalian tentang Live Facebook oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya menjadi amat tertarik dengan drama Korea setelah mendengar perkongsian tersebut. Disini saya juga telah berkongsi beberapa posting di media sosial saya. https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA 1. Facebook Saya telah berkongsi post yang dilakukan oleh DBP  2. Instagram Saya melakukan instagram story dan mengajak yang lain untuk turut serta. 3. Twitter Saya telah retweet post yang dilakukan oleh DBP Perkongsian yang dilakukan oleh Prof Dr Normaliza amat menarik sehinggakan ramai yang menyertai live tersebut yang tidak terhenti komen yang diberikan oleh yang menyertai live itu. Beliau berkongsi dengan cukup menarik serta pengalaman beliau yang banyak.  Saya juga akan menyertakan bukti kehadiran saya dalam program tersebut.

BBM3410-202I-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI (DAHLIA)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Semua😊 Saya harap kalian semua sihat sentiasa dan kekalkan kesihatan😆 Hari ini saya ingin menceritakan tentang video tragedi yang dihasilkan oleh kumpulan Dahlia. Anda semua wajib menonton video ini https://youtu.be/ElM7SCdYFLQ Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video diatas mengisahkan tentang kerinduan seorang ibu terhadap anak-anaknya . Pada suatu hari, ibunya menelefon setiap anak-anaknya namun kecewa yang didapatinya kerana anak-anaknya semua sibuk dan ada yang memarahinya kerana menganggu mereka sedang bekerja. Namun begitu, kerana satu tragedi yang menimpa menyebabkan anak-anak tersebut kehilangan ibunya dalam sekelip mata dan akhirnya anak-anak mulai menyesalinya tetapi semuanya sudah terlambat. Selamat menonton semua! KREDIT RUJUKAN BUKU Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia KREDIT

BBM3410-202I-MINGGU 10-VIDEO FOKUS (DAHLIA)

Image
 Assalamualaikum Semua😀 Saya ingin berkongsi tentang video fokus yang dihasilkan oleh kumpulan dahlia. Kami memilih KASUT  sebagai objek yang difokuskan. Terdapat banyak cabaran dalam melakukan video ini bagi saya kerana perlu mencari situasi yang sesuai dengan jalan penceritaan. Lihatlah hasil karya kami semestinya kalian akan teruja kerana kami telah melakukan dengan cara yang terbaik👍                                                                       https://youtu.be/_UdJqCqbUu4 Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video ini mengisahkan tentang perbezaan di antara dua darjat, keinginan dan keperluan seorang remaja berada dan seorang remaja yang hidup serba kekurangan. Boleh jadi apa yang sudah tidak berguna lagi di mata kita, hakikatnya masih sangat berguna dan diperlukan oleh orang lain. Selamat menonton semua! KREDIT RUJUKAN BUKU Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, Multim

BBM3410 -2021-MINGGU 9-VIDEO SERAM (DAHLIA)

Image
 Hai Guysss👋 Posting kali ni tentang video seram. Cerita sikit tentang seram ini saya pernah berhadapan dengan situasi yang menyeramkan.  Pada satu hari selepas waktu Maghrib saya keluar untuk pergi ke kedai. Ketika saya ingin menuju ke motosikal saya terdengar bunyi yang aneh daripada stor dibelakang rumah. Saya terus pergi untuk melihat dan mendapati bunyi itu semakin kuat dan menakutkan. Bila saya masuk saya terus membuka lampu dan rupanya bunyi kucing yang sedang melahirkan anak. Begitu sahaja cerita saya.  Dibawah merupakan video seram yang dihasilkan oleh kumpulan Dahlia. Kalian pasti teruja. Ayuh Tonton                                              https://www.youtube.com/watch?v=yPZjZ-u7Xw4&t=1s Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video seram merupakan bentuk penceritaan yang memberi kesan yang menakutkan kepada penonton. Video seram juga boleh menampakkan hantu atau

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Guys😀 Berjumpa lagi kita kali ini dalam posting saya mengenai kesedaran. Kesedaran merupakan suatu yang paling sukar untuk diperoleh. Ianya terutama dalam waktu yang singkat. Cuba kita bersama renungkan, setiap kali kita melakukan kesalahan seperti melukakan hati kawan pasti kita akan mengambil masa untuk sedar. Kesedaran dilihat amat remeh tetapi kesedaran ini yang membezakan seseorang dalam langkah yang akan diambil serta keputusan yang dilakukan. Saya juga sedar yang blog saya ini amat sepi dan tidak menarik serta laman sosial saya yang tidak disukai oleh ramai orang. Saya juga sedar yang ini bukan penghalang untuk saya terus melangkah kehadapan. Ini merupakan posting saya di twitter Ini merupakan re-tweet yang telah saya lakukan Kalian sedarlah bahawa kita masih perlu berjuang bagi melawan Covid 19 yang mampu menyebabkan kematian orang yang kita sayang. Ayuh kita mendaftar vaksin dengan kadar segera👍 Jumpa lagi di posting seterusnya

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Semua  😇 Disini saya ada menyediakan video slide untuk bab 5. Ketika saya membuat video ini terdapat sedikit cabaran dimana saya terpaksa membetulkan labtop saya yang rosak. Saya mengalami masalah ini dan dibantu oleh rakan saya Juliastuti dimana dia telah memberi pinjam labtopnya kepada saya Berikut merupakan videonya https://youtu.be/8Hgk2wynrt4

BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😀 Bagaimanakah kehidupan harian anda sepanjang pandemik Covid-19 ini. Semestinya banyak perubahan berbanding sebelumnya. Saya ingin mengatakan sesuatu tentang perubahan. Ada perubahan yang boleh diterima dan tidak. Yang boleh diterima merupakan perubahan positif atau kearah kebaikan dan yang tidak boleh diterima yang menjadi lebih negatif dan merosakkan. Ini merupakan posting saya mengenai perubahan Ini pula posting rakan-rakan saya Itu sahaja daripada saya mengenai perubahan. Disini saya sertakan kehadiran saya                                    Semoga berjumpa di posting seterusnya🙌

BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA-TEKI (FACEBOOK)

Image
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😉 Ayuh kita bermain teka-teki pada hari ini.  Apakah yang diberi awal yang dilakukan lambat? Jawapan di bahagian bawah sekali 💬 Berikut merupakan posting saya dan rakan-rakan di Facebook untuk teka-teki Ini daripada rakan-rakan saya pula Jawapan: Kerja Kursus 😂

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua😊 Manusia tidak akan dapat hidup jika bersendirian. Banyak manapun wang yang dimiliki jika tiada yang lain untuk membantu maka ianya sia-sia. Jangan kita sombong dan riak kerana dapat menyakitkan hati orang lain. Sikap kemanusiaan perlu ada kerana mungkin hari ini kita bantu orang lain yang susah, jika masa akan datang kita susah semestinya akan ada yang datang membantu. Di bawah ini pula tweet rakan-rakan saya mengenai kemanusiaan Jika rasa diri itu sudah jauh lebih baik daripada orang lain ingatlah nabi Muhammad SAW naik kelangit bukan hanya satu langit.

BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Image
 Assalamualaikum Semua😀 Hari ini posting tentang kesilapan.  Kesilapan merupakan suatu yang memberi pengajaran. Ia bergantung kepada kesilapan. Jika kesilapan itu tanpa sengaja semestinya memberikan kesan yang baik jika disengajakan merana akhirnya. Ini pula posting rakan-rakan saya tentang kesilapan😉 Ingatlah banyak mana pun kesilapan yang kita lakukan, pasti ada jalan untuk kita perbetulkan. Segalanya bergantung kepada diri sendiri. Tanpa kesilapan manusia akan tetap berada ditahap yang rendah, kesilapan hadir supaya manusia melakukan suatu yang lebih baik pada masa akan datang.

BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Image
Anak itik tercekik halkum, Assalamualaikum. Tugasan Minggu 9 ini saya telah memuat naik pantun 4 kerat di laman Facebook saya. Ini merupakan suatu yang menarik dan mencabar saya untuk mencipta pantun yang baik. Di bawah merupakan pantun ciptaan saya. Saya juga telah memberikan komen diruang komen rakan-rakan saya. Itu sahaja posting saya kali ini. Saya ingin sertakan bukti kehadiran saya                               Cik Leha berjalan-jalan, Berjalan menuju ke muara, Nasi dimakan air di telan, Jika bersama semua gembira.