Posts

BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😀 Semoga hari anda baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan Saya ingin menceritakan tentang kisah sedih. Semestinya ramai yang pernah menghadapi kisah sedih. Kisah sedih bukan hanya jika kita kehilangan sesuatu tetapi banyak juga perkara lain yang boleh menyebabkan diri menjadi sedih. Saya post di media sosial yang benar terjadi kepada diri saya Dibawah pula cerita sedih rakan-rakan sekelas saya Kesimpulan disini, sesedih apapun suatu yang kita hadapi mestilah kita bersabar dan tenang supaya tidak mengambil langkah yang salah. Mungkin kesedihan itu amat menyakitkan tetapi lebih pedih apabila kita terlampau memikirkannya. Jumpa lagi di posting seterusnya😊

BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😀 Kali ini posting saya tentang alam semulajadi. Alam semulajadi merupakan ciptaan tuhan bagi seluruh manusia. Ia amat menarik dan indah sehinggakan segala masalah yang timbul yang memenatkan minda dapat dihilangkan apabila kita melihat alam semulajadi. Itulah kuasa alam semulajadi kepada manusia tetapi manusia merupakan perosak yang menyebabkan alam semulajadi dihancurkan akibat kerakusan mereka. Kita mestilah sama-sama menjaga alam sekitar supaya generasi seterusnya masih boleh menikmati keadaan yang baik. Saya sendiri merupakan pencinta alam sekitar sehinggakan satu hari saya pernah memarahi seorang wanita kerana membuang plastik makanan kedalam sungai. Hal ini kerana perasaan cinta saya terhadap alam sekitar. Ini merupakan tweet yang telah saya lakukan tentang alam sekitar. Di bawah pula saya re=tweet posting rakan-rakan Jumpa lagi di posting seterusnya........

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Image
  Sumber: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Saya ingin menceritkakan perkongsian dilakukan Prof Dr Normaliza kepada kalian tentang Live Facebook oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya menjadi amat tertarik dengan drama Korea setelah mendengar perkongsian tersebut. Disini saya juga telah berkongsi beberapa posting di media sosial saya. https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA 1. Facebook Saya telah berkongsi post yang dilakukan oleh DBP  2. Instagram Saya melakukan instagram story dan mengajak yang lain untuk turut serta. 3. Twitter Saya telah retweet post yang dilakukan oleh DBP Perkongsian yang dilakukan oleh Prof Dr Normaliza amat menarik sehinggakan ramai yang menyertai live tersebut yang tidak terhenti komen yang diberikan oleh yang menyertai live itu. Beliau berkongsi dengan cukup menarik serta pengalaman beliau yang banyak.  Saya juga akan menyertakan bukti kehadiran saya dalam program tersebut.

BBM3410-202I-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI (DAHLIA)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Semua😊 Saya harap kalian semua sihat sentiasa dan kekalkan kesihatan😆 Hari ini saya ingin menceritakan tentang video tragedi yang dihasilkan oleh kumpulan Dahlia. Anda semua wajib menonton video ini https://youtu.be/ElM7SCdYFLQ Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video diatas mengisahkan tentang kerinduan seorang ibu terhadap anak-anaknya . Pada suatu hari, ibunya menelefon setiap anak-anaknya namun kecewa yang didapatinya kerana anak-anaknya semua sibuk dan ada yang memarahinya kerana menganggu mereka sedang bekerja. Namun begitu, kerana satu tragedi yang menimpa menyebabkan anak-anak tersebut kehilangan ibunya dalam sekelip mata dan akhirnya anak-anak mulai menyesalinya tetapi semuanya sudah terlambat. Selamat menonton semua! KREDIT RUJUKAN BUKU Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia KRE...

BBM3410-202I-MINGGU 10-VIDEO FOKUS (DAHLIA)

Image
 Assalamualaikum Semua😀 Saya ingin berkongsi tentang video fokus yang dihasilkan oleh kumpulan dahlia. Kami memilih KASUT  sebagai objek yang difokuskan. Terdapat banyak cabaran dalam melakukan video ini bagi saya kerana perlu mencari situasi yang sesuai dengan jalan penceritaan. Lihatlah hasil karya kami semestinya kalian akan teruja kerana kami telah melakukan dengan cara yang terbaik👍                                                                       https://youtu.be/_UdJqCqbUu4 Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Video ini mengisahkan tentang perbezaan di antara dua darjat, keinginan dan keperluan seorang remaja berada dan seorang remaja yang hidup serba...

BBM3410 -2021-MINGGU 9-VIDEO SERAM (DAHLIA)

Image
 Hai Guysss👋 Posting kali ni tentang video seram. Cerita sikit tentang seram ini saya pernah berhadapan dengan situasi yang menyeramkan.  Pada satu hari selepas waktu Maghrib saya keluar untuk pergi ke kedai. Ketika saya ingin menuju ke motosikal saya terdengar bunyi yang aneh daripada stor dibelakang rumah. Saya terus pergi untuk melihat dan mendapati bunyi itu semakin kuat dan menakutkan. Bila saya masuk saya terus membuka lampu dan rupanya bunyi kucing yang sedang melahirkan anak. Begitu sahaja cerita saya.  Dibawah merupakan video seram yang dihasilkan oleh kumpulan Dahlia. Kalian pasti teruja. Ayuh Tonton                                              https://www.youtube.com/watch?v=yPZjZ-u7Xw4&t=1s Video ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dibawah bimbingan pensyarah, Prof. Dr. Normaliza A...

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

Image
 Assalamualaikum dan Hai Guys😀 Berjumpa lagi kita kali ini dalam posting saya mengenai kesedaran. Kesedaran merupakan suatu yang paling sukar untuk diperoleh. Ianya terutama dalam waktu yang singkat. Cuba kita bersama renungkan, setiap kali kita melakukan kesalahan seperti melukakan hati kawan pasti kita akan mengambil masa untuk sedar. Kesedaran dilihat amat remeh tetapi kesedaran ini yang membezakan seseorang dalam langkah yang akan diambil serta keputusan yang dilakukan. Saya juga sedar yang blog saya ini amat sepi dan tidak menarik serta laman sosial saya yang tidak disukai oleh ramai orang. Saya juga sedar yang ini bukan penghalang untuk saya terus melangkah kehadapan. Ini merupakan posting saya di twitter Ini merupakan re-tweet yang telah saya lakukan Kalian sedarlah bahawa kita masih perlu berjuang bagi melawan Covid 19 yang mampu menyebabkan kematian orang yang kita sayang. Ayuh kita mendaftar vaksin dengan kadar segera👍 Jumpa lagi di posting seterusnya